Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

NSFE

Pengenalan

The National Scientific Facilities & Equipment (NSFE) bertujuan membuka peluang potensi penggunaan kemudahan dan peralatan saintifik dalam komuniti STI dan merancakkan lagi kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D). Fasiliti NSFE ini merupakan inisiatif Kementerian bagi menggalakkan sektor industri untuk bekerjasama dengan sektor awam dalam aktiviti R&D&C.

Inisiatif ini dapat membantu komuniti STI melaksanakan aktiviti R&D&C pada kos efektif melalui sewaan atau perkhidmatan analisis tanpa perlu pembelian peralatan yang mahal untuk menghasilkan produk, proses atau teknologi baru. Pihak industri juga berpeluang memperoleh khidmat nasihat pakar dalam bidang sains dan teknologi melalui kerjasama perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik ini.

Melalui NSFE juga, negara mempunyai maklumat berpusat mengenai kemudahan dan peralatan saintifik sedia ada yang akan mengelakkan pertindihan pembelian peralatan baru seterusnya menjimatkan perbelanjaan negara.

NSFE yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) mengandungi maklumat kemudahan dan peralatan saintifik di Malaysia yang sedia dikongsikan bersama pengguna. Peralatan ini dimiliki oleh jabatan dan agensi kerajaan, institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam. Perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik bagi inisiatif ini adalah merujuk kepada skop dan definisi seperti berikut:

  1. Skop perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik merangkumi sewaan peralatan, kerjasama R&D, pelaksanaan perkhidmatan analisis sampel, tawaran khidmat nasihat teknikal dan perkongsian hasil data analisis;
  2. Definisi kemudahan STI adalah merujuk kepada tempat atau ruang di mana aktiviti penyelidikan dijalankan seperti makmal penyelidikan, pusat pemantauan dan tempat pengujian yang menempatkan peralatan saintifik; dan
  3. Definisi peralatan saintifik pula merujuk kepada semua peralatan yang digunakan bagi tujuan penyelidikan, pemantauan, pengujian dan pembelajaran yang bernilai melebihi RM100,000.00 dan ke atas.

Kementerian melalui MASTIC akan terus memperkayakan fasiliti ini dengan menambahkan bilangan peralatan yang dikongsikan. MASTIC mengalu-alukan pelbagai agensi/jabatan dan swasta yang memiliki kemudahan dan peralatan saintifik berharga RM100,000.00 ke atas untuk disenaraikan dalam fasiliti ini. Maklumat boleh dimajukan kepada Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) melalui pendaftaran dalam portal KRSTE.my 

Cari apa yang anda perlukan

Akses & Tempahan Melalui KRSTE.my

Pangkalan Data Kolektif Kami Memperincikan Butiran Maklumat, seperti:

  • Nama Fasiliti, Perkhidmatan & Peralatan
  • Penerangan Ringkas
  • Lokasi

Juga boleh didapati di Aplikasi Telefon Bimbit

Google Play

App Store

Fasiliti

Fasiliti

Seperti makmal, pusat pemantauan dan tapak ujian

Peralatan

Peralatan

Mesin, peralatan, radas, aksesori atau alat ganti yang khusus atau unik bernilai RM100,000.00 dan banyak lagi

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error voluptem accusa
Data Langsung Dari KRSTE.my

Mari Lihat Statistik NSFE Kami

Berikut adalah 5 Jumlah Pengedaran Peralatan dan Kemudahan Saintifik Teratas Menurut Negeri yang telah dikemas kini oleh Ahli Berdaftar kami.