Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

MyHRSTI

Pengenalan

Malaysian Human Resources in Science, Technology and Innovation (MyHRSTI) adalah salah satu modul utama dalam sistem KRSTE.my. MyHRSTI mengandungi profil modal insan STI seperti para penyelidik dan pakar yang terdapat di jabatan/agensi kerajaan, institut penyelidikan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan STI di Malaysia. Setiap profil modal insan STI mengandungi maklumat terperinci seperti nama, organisasi, jawatan terkini, maklumat perhubungan, status dan bidang kepakaran (FOR), latar belakang pendidikan, anugerah, penerbitan dan maklumat projek penyelidikan.

Selain itu, MyHRSTI juga mengumpul maklumat asas pengguna KRSTE.my yang ingin mendapatkan maklumat atau perkhidmatan lanjut seperti tempahan peralatan saintifik serta menyelaras data dalam KRSTE.my seperti pegawai penyelaras, pelajar, pengurus makmal/aset, orang awam dan sebagainya.

Maklumat asas pengguna KRSTE.my yang dikumpulkan adalah nama, organisasi, jawatan terkini, maklumat perhubungan, dan latar belakang pendidikan sahaja.

Satu garis panduan bagi penetapan pakar STI di bawah modul MyHRSTI dalam sistem KRSTE.my telah dibangunkan bertujuan menjadi rujukan kepada pihak koordinator dalam menetapkan pakar STI di bawah organisasi masing-masing.

Tekan sini untuk papar garis panduan

Pendaftaran Profil

Mari sertai kami, dengan 3 Langkah Mudah

title_1

Cipta Akaun di KRSTE.my

Pergi ke : https://krste.my/register dan masukkan semua maklumat yang diperlukan.

Sila selesaikan Proses Pengesahan Sebelum Log masuk
title_2

Log masuk ke KRSTE.my

Pergi ke : https://krste.my/login dan masukkan nama pengguna dan kata laluan.

Jangan risau, jika anda tidak ingat kata laluan anda. Anda boleh klik pada pautan "Lupa kata laluan ?" di bawah untuk mendapatkan kata laluan yang baharu. 
title_3

Isikan Penuh Maklumat Profil Anda

Setelah log masuk, sistem akan memaparkan notifikasi. Klik pada butang biru MyHRSTI untuk memulakan pendaftaran profil MyHRSTI anda.
Data Langsung Dari KRSTE.my

Mari Lihat Statistik MyHRSTI Kami

Berikut adalah 5 kategori MRDCS teratas yang dipilih oleh Ahli Berdaftar kami.