Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

Statistik

Apa yang kami usahakan

Kami Menyediakan Statistik STI Kebangsaan yang Eksklusif

Trend STI

Trend STI mengandungi pelbagai data kualitatif dan kuantitatif yang menjurus ke arah merekodkan fakta dan angka daripada kajian-kajian STI yang dilaksana dan diterbitkan oleh MASTIC. Kajian-kajian tersebut adalah Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan, Kajian Inovasi Kebangsaan, Kajian Bibliometrik Kebangsaan, Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI Malaysia dan Laporan Petunjuk STI Malaysia.

Ranking Antarabangsa

Selain menjalankan kajian, MASTIC juga melaporkan prestasi negara dalam beberapa laporan daya saing antarabangsa untuk makluman pihak atasan Kementerian seperti:

  • Global Innovation Index,
  • Bloomberg Innovation Index,
  • Global Competitiveness Report, dan
  • World Competitiveness Yearbook.

MASTIC juga turut melaporkan data bagi petunjuk-petunjuk utama negara kepada badan penarafan antarabangsa seperti UNESCO Institute of Statistics (UIS) dan Organisation for Economic Co-operation and Development bagi tujuan rujukan dan perbandingan di peringkat global.

STI Inventory

STI Inventory merupakan aktiviti yang dijalankan secara berterusan untuk mendapatkan data strategik STI terkini dan komprehensif di universiti, agensi kerajaan, institusi penyelidikan kerajaan, dan GLC/CLG yang merangkumi modul berikut dalam

KRSTE.my:

  1. Modal Insan dalam STI (MyHRSTI);
  2. Produk atau Teknologi Tempatan (TECHMart);
  3. Kemudahan dan Peralatan Saintifik (NFSE);
  4. Bank Projek R&D; dan
  5. Organisasi Sains, Teknologi & Inovasi (STI).

Data inventori yang dikumpulkan ini penting kerana bilangan data strategik STI yang sentiasa meningkat disebabkan penambahan bilangan organisasi STI seperti universiti, pusat kecemerlangan dan industri berteknologi tinggi. Tambahan pula, data adalah penting untuk penggubal dasar untuk merangka inisiatif atau dasar dalam bidang STI.

CITF

COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diterajui oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. 

Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].