MyHRSTI mengandungi profil modal insan STI seperti para penyelidik dan pakar yang terdapat di jabatan/agensi kerajaan, institut penyelidikan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan STI di Malaysia. Setiap profil modal insan STI mengandungi maklumat terperinci seperti nama, organisasi, jawatan terkini, maklumat perhubungan, status dan bidang kepakaran (FOR), latar belakang pendidikan, anugerah, penerbitan dan maklumat projek penyelidikan.