Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Latar Belakang

Kajian Inovasi Kebangsaan dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti inovasi dan status inovasi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia mengikut tahun kewangan tertentu.

Kajian Inovasi Kebangsaan telah dilaksanakan oleh MASTIC sejak tahun 1994. Kajian Inovasi Kebangsaan telah diterbitkan bagi memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan luaran MASTIC. Kajian yang terkini dilaksanakan oleh MASTIC adalah pada tahun 2021 bagi tahun kewangan 2018 hingga 2020.


Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk  mengukur tahap aktiviti inovasi dan status inovasi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia dan bagi tujuan perbandingan antarabangsa. 

 

Objektif Kajian Inovasi Kebangsaan 


1. Mendapatkan profil dan maklumat penting syarikat serta menganalisis data, trend dan arah aliran aktiviti inovasi yang telah mengikut tahun kewangan tertentu;
2. Mengenal pasti parameter-parameter inovasi serta membuat perbandingan mengenai status aktiviti inovasi negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berbanding negara-negara maju dan membangun lain di peringkat global; dan
3. Menyediakan cadangan syor penambahbaikan dalam aktiviti inovasi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan serta kajian lanjutan yang boleh dilakukan.
 

Skop dan Metodologi

Kajian Inovasi Kebangsaan meliputi syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. 


Kajian ini mengguna pakai garis panduan Oslo Manual yang diterbitkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD, 2018).


Terdapat dua (2) kaedah pengumpulan data iaitu secara atas talian dan temu duga melalui telefon. 
 

Definisi

Inovasi adalah produk atau perkhidmatan baharu yang mempunyai perbezaan ketara daripada produk atau perkhidmatan terdahulu syarikat.

Status Semasa Kajian Terkini

Kajian Inovasi Kebangsaan yang seterusnya dijangka akan diterbitkan pada tahun 2023 bagi pelaksanaan Kajian Inovasi Kebangsaan 2021 (Tahun Kewangan 2018 hingga 2020).

Pola Kajian

Terakhir dikemaskini
25 Julai 2022