Portal Rasmi

- Pertukaran pengetahuan dalam persekitaran selamat
- Carian berdasarkan konteks menggunakan teknologi semantik
- Pengayaan kandungan dengan sumber kandungan daripada institusi tempatan dan antarabangsa

Pangkalan Data MOSTI Raw Data for Research and Sciences (RADARS) telah dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) pada tahun 2019. RADARS menyediakan satu platform perkongsian data terbuka bagi data mentah sains dan penyelidikan yang terdapat di bahagian, jabatan dan agensi MOSTI.Majoriti data yang terkandung dalam RADARS adalah bersifat umum, terbuka dan dikongsi secara peecuma dengan yarat pengguna mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemilik data secara berkala. Terdapat juga, sebilangan data jenis terhad seperti imej satelit terkini, data radar dan satelit di mana pengguna perlu memohon terus kepada agensi pemilik data yang berkaitan dan berkemungkinan dikenakan bayaran mengikut spesifikasi data yang dimohon.
- Menyediakan data dasar bagi peneliti lokal untuk melakukan penelitian lanjutan.
- Memacu inovasi dengan mengizinkan penyelidik lokal melakukan analisis baru, menjelajahi hipotesis sekunder atau menggabungkannya untuk analisis terkumpul dengan cara yang tidak terduga.
- Mengurangi waktu dan kos hasil kajian baru yang membuatkan kegiatan R&D lebih kos efektif dan efisien.

Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) dibangunkan untuk mengklasifikasi dan menerangkan aktiviti penyelidikan di Malaysia sehingga lengkap butiran dan tepar. Klasifikasi ini menyediakan asas pengukuran dan analisa bagi aktiviti R&D dan statistik yang merupakan garis panduan berguna kepada penggubal dasar kerajaan industri dan penyelidik.
- Rangka kerja standard yang ditetapkan dalam klasifikasi ini menyokong aktiviti R&D berkaitan yang berbeza dan boleh dibezakan
- Memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam menetapkan keutamaan, menyediakan dana, memaksimumkan usaha R&D negara dan juga sebagai petunjuk untuk perbandingan antarabangsa.

- Koleksi sumber sains dan teknologi (S&T) yang banyak dan pelbagai daripada pelbagai pengetahuan
- Koleksi terdiri daripada lebih daripada 13,000 jilid monograf