Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Rebat pembiayaan sehingga 1% setahun daripada kadar keuntungan sedia ada MDV tersedia untuk syarikat yang layak di bawah program ini. Program ini menyediakan kemudahan pembiayaan kredit untuk projek berdasarkan Kecekapan Tenaga (EE) dan Penjimatan Tenaga yang dijalankan oleh Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) dalam sektor bangunan dengan tujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan ESCO di negara ini dan mengukuhkan profil kredit kewangan mereka.

Kaedah Permohonan

Maklumat lanjut mengenai program atau produk lain yang tersedia boleh dirujuk di https://www.mdv.com.my/v3/wp-content/uploads/2020/08/MDV-Brochure.pdf

Permohonan dalam talian mengikut pautan: http://www.mdv.com.my/v3/contact-us/

Kriteria Kelayakan

1. Majoriti pemilikan syarikat adalah rakyat Malaysia bagi membolehkan syarikat layak  menikmati Jaminan CGC/Kerajaan.
2. Produk & Perkhidmatan yang telah dikomersialkan.
3. Sekurang-kurangnya lima (5) pekerja dengan pasukan teknikal dan termasuk rakan kongsi.
4. Modal berbayar minimum sebanyak RM100,000; tertakluk kepada keperluan pembiayaan keseluruhan.
5. Projek berdasarkan Penjimatan Tenaga yang layak & Kontrak.

 

 

Maklumat Perhubungan

Level 5, Menara Bank Pembangunan
1016, Jalan Sultan Ismail 
50250 Kuala Lumpur

Email
mdvinfo@mdv.com.my
marazizi@mdv.com.my
sharul@mdv.com.my
Telefon
03-2617 2888
Terakhir dikemaskini
31 Julai 2023