Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Skop Pembiayaan:
 
1. Skop Pembangunan Prototaip dan Skop Pembangunan Produk (Merangkumi penambahbaikkan prototaip/produk, pembelian bahan mentah, peralatan, mesin, penyediaan acuan dan pembungkusan produk)
2. Skop Penyebaran Produk (Merangkumi pengujian, validasi produk, pengangkutan dan logistik)
3. Skop Penjenamaan (Misalnya: Pendaftaran Harta Intelek-MyIPO, SIRIM, pendaftaran perniagaan dan lain-lain)
4. Skop Promosi (Merangkumi penyediaan bahan promosi, pembangunan laman sesawang, buku manual operasi, video promosi, pemasaran secara offline dan online)

Kaedah Permohonan

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat di laman sesawang: www.magris.innomap.my melalui Pertandingan Grassroots Open Challenge (GOC) dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya penyertaan Pertandingan GOC telah ditutup, pemohon boleh menghantar kertas kerja bagi produk inovasi berserta gambar dan/atau video ke emel magris@yim.my. 

Kriteria Kelayakan

1. Terbuka kepada rakyat Malaysia (18 tahun) secara Individu atau Berkumpulan.
2. Inovasi mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” seperti di bawah:
  (i) Produk atau perkhidmatan inovasi yang dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, mengatasi kesusahan dan cabaran hidup bagi golongan berpendapatan rendah, ATAU
  (ii) Inovasi diterajui komuniti yang berpendapatan rendah untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran lain.
3. Produk inovasi berada diantara TRL 3 - TRL 6 dan telah mencapai fasa protataip atau siap dibangunkan.
4. Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.

Maklumat Perhubungan

Sekretariat MaGRIs/MyIS Akar Umbi (YIM)

Email
magris@yim.my
Faks
03-8996 1715
Telefon
03-8996 1714
Terakhir dikemaskini
26 Jun 2023