Langkau ke kandungan utama

Bagi membentuk negara penyelidikan dan pembangunan (R&D), Kerajaan telah mentafsirkan dengan jelas bahawa sistem pembiayaan telah diperbaharui untuk memenuhi permintaan dan cabaran dalam kajian R&D. Geran dan insentif telah diperuntukkan untuk R&D dalam bidang sains dan teknologi, serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan dan menyesuaikan teknologi yang sedia ada disamping mencipta teknologi baru. Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberi mandat untuk melaksanakan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi (S&T) di negara ini di samping menguruskan dan mencipta teknologi baru.

Baucar Inovasi Steinbeis

Menjalankan penyelidikan teknikal dan bukan teknikal untuk industry players yang terlibat dengan Steinbeis Malaysia Foundation bagi menyelesaikan masalah industri yang berlaku.

CREST R&D Grant

Kerjasama penyelidikan antara industri dan universiti untuk mewujudkan dan mengembangkan ekosistem R&D Malaysia dalam sektor Ekonomi Elektrik dan Elektronik.CREST mempromosi dan memudahkan pihak universiti dan industri untuk bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelidik industry-ready dan industry players boleh mendapatkan faedah daripada dapatan kajian.

Geran Penyelidikan Sains dan Teknologi

Mempromosikan Sains Dan Teknologi dengan cara menyokong saintis-saintis Malaysia,penyelidik-penyelidik muda dan pendidik di Malaysia.

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)

1. Mempunyai produk (sedia ada) yang telah dibangunkan oleh akademia yang berpotensi untuk dikomersialkan.
2. Permasalahan produk, teknologi atau proses dari industri yang mampu diselesaikan oleh akademia melalui kolaborasi bersama

Skim Geran Penyelidikan Akulturasi (ARGS)
  1. Menghasilkan inovasi berimpak besar untuk pembangunan, kemajuan dan transformasi Negara.
  2. Mentransformasi Rakan RU ke arah budaya penyelidikan menerusi usaha kerjasama RU bagi membantu mempercepatkan penghasilan juara penyelidikan (research champion).
  3. Mewujudkan rangkaian kerjasama antara semua IPTA melalui program/projek penyelidikan usahasama dan perkongsian fasiliti penyelidikan.
     
Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

Skim Geran Penyelidikan Nic Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS-KPM)

Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM) ialah dana khas yang bertujuan untuk membantu melonjakkan dan membangunkan bidang tujahan (Niche) penyelidikan bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif Berfokus. Disamping itu, NRGS-KPM ini akan menjadikan setiap IPTA tersebut unik dan mempunyai kekuatan tersendiri. Setiap Universiti komprehensif dan komprehensif berfokus akan diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju, strategi dan pengurusan penyelidikan dan inovasi supaya lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)

Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) ialah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Research Pledge Grant (GSP-KPM)

Geran Sanjungan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (GSP-KPM) diwujudkan sebagai insentif kepada universiti yang berjaya mendapat geran industri dan antarabangsa.

Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)

Dana PRGS diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

Penyelidikan ini bertujuan untuk memantapkan kecemerlangan dalam penjanaan teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu.

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

MOH Research Grant (MRG)

Objektif MRG:

  1. Menaja pengetahuan sainstifik baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan dan penambahbaikan perkhidmatan penyampaian kesihatan.
  2. Menyokong dan membiayai projek R&D bagi menjana pengetahuan dan penemuan baharu yang dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan proses yang inovatif
MOSTI R&D Fund

Untuk mengurangkan jurang kegagalan (valley of death) antara fasa pra pengkomersialan kepada pengkomersialan.

Untuk merangsang keupayaan dan kapasiti  kerjasama antara industri, institusi penyelidikan awam dan institusi pengajian awam. 

International Collaboration Fund

Objektif dana bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Dana ini bertujuan untuk membantu pemohon melaksanakan analitis pada Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) 3.

 

Displaying 1 - 15 of 15
Subscribe to Geran Penyelidikan dan Pembangunan