Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

1. Tujuan Dana Bridging (BGF) dibangunkan adalah adalah untuk:

1.1 mengurangkan jurang kegagalan (valley of death) antara fasa pra
pengkomersialan kepada pengkomersialan; dan

1.2 meningkatkan tahap kesediaan (readiness) produk-produk hasil
R&D supaya dapat menembusi pasaran. 

Skop Pembiayaan

i. Reka bentuk (produk dan komunikasi visual);
ii. Akreditasi / Pensijilan / Pematuhan Standard / Technology Audit (kecuali untuk membuat kilang atau loji pembuatan, Original Equipment Manufacturer (OEM));
iii. Inkubasi termasuk kemudahan perkhidmatan nilai tambah (khidmat nasihat dan konsultansi teknikal);
iv. Pembangunan modal insan berkaitan projek (latihan berkaitan Good Manufacturing Practice (GMP), Halal, Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP));
v. Kajian validasi pasaran (product market validation) dan aktiviti pengubahsuaian produk sedia untuk pasaran;
vi. Pembelian/ penyewaan peralatan atau fasiliti sokongan yang berkaitan

Kaedah Permohonan

Permohonan melalui Kaedah Konvensional:

1. Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti Lampiran 3 melalui  https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/ dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. Semua permohonan hendaklah disemak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti organisasi pemohon seperti Ketua Jabatan atau Pengurusan Penyelidikan Pusat. Pemohon mesti mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pembiaya.
3. Pemohon hendaklah menyatakan bukti prototaip yang telah mencapai sekurang-kurangnya TRL 7 (Demonstrasi prototaip) dalam borang permohonan
4. Pemohon mesti mengiringi Model Perniagaan projek seperti di Lampiran 4.
5. Permohonan yang dihantar akan disemak oleh MOSTI untuk memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan memenuhi kelayakan asas Bridging permohonan Dana.

Permohonan melalui kaedah laluan pantas dipertimbangkan dengan syarat berikut:

1. Laporan Akhir Projek TeD 2 telah diluluskan oleh panel;
2. Mencapai semua objektif projek TeD 2; dan
3. Syor daripada panel untuk meneruskan projek di bawah dana Bridging.

Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.
 

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (start-up) yang berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan Dana Bridging:
1.1 Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
1.3 Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovationenabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.
1.4 Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
i. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
ii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
iv. Perniagaan berasaskan teknologi/ berkaitan teknologi dan inovasi; dan
v. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.

2. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% (monetary atau in-kind) daripada jumlah keseluruhan kos projek.

3. Pemohon perlu mengemukakan kajian pasaran (market study) berkenaan projek.

4. Semua kategori syarikat hendaklah memiliki minimum 51% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia. 

5. Agensi STI adalah merujuk kepada agensi yang menjalankan fungsi penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan STI di bawah MOSTI.

6. Pemohon diwajibkan untuk bekerjasama dengan Agensi Kerajaan atau agensi luar yang berkaitan untuk melaksanakan teknologi menerusi khidmat perunding yang berdaftar dengan badan berkaitan atau kolaborator kecuali pemohon boleh membuktikan pelaksanaan teknologi tanpa khidmat perunding (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance (LOA) atau lain-lain dokumen yang setara).

7. Pemohon yang berkolaborasi dengan IPTA, IPTS, GRI atau Agensi STI, hendaklah melantik Research Officer (RO)/ Graduate Research Assistant (GRA). (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance (LOA) atau lain-lain dokumen yang setara).

8. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.

9. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.

10. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:
i. permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
ii. ahli projek mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai bidang kepakaran yang sama dan dari institusi yang sama.

11. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.

12. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta/hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.

13. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.

14. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.

15. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projekprojek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.

16. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia, tetapi sebahagian aktiviti projek boleh dilaksanakan di luar negara dengan mendapat kelulusan daripada MOSTI.

17. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

18. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini. 

Maklumat Perhubungan

Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 4, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya

Email
urusetia.bgf@mosti.gov.my
helpdesk-sdb@mosti.gov.my
Telefon
603 - 8885 8315
Terakhir dikemaskini
06 Mei 2024