Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

1. Mempercepatkan PKS tempatan menerima e-dagang dan menggalakkan mereka untuk meningkatkan penggunaan teknologi digital sebagai cara meningkatkan daya saing, kecekapan dan keterjualannya.

2. Pembiayaan sehingga
i. Satu Juta Ringgit Malaysia (RM1,000,000) bagi setiap permohonan.
ii. Margin pembiayaan sehingga 90% daripada kos keseluruhan (berdasarkan item yang layak) termasuk yuran guaman yang berkaitan dengan pembiayaan dan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

Kaedah Permohonan

Permohonan melalui pautan laman sesawang iaitu: https://www.growyourbusiness.com.my/

Kriteria Kelayakan

1. PKS telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965/2016 atau perniagaan telah didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti/pemilikan dimiliki oleh rakyat Malaysia.
3. Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
4. Syarikat telah beroperasi lebih daripada 6 bulan.

Maklumat Perhubungan

Business Advisory Unit
Development Finance Business (DFB)
15th Floor, Menara MIDF,
No. 82, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur.
 

Email
growyourbusiness@midf.com.my
Telefon
1300-88-6433
Terakhir dikemaskini
28 Ogos 2023