Menggalakkan syarikat menjalankan aktiviti-aktiviti R&D secara dalaman atau menyumberluar kepada pihak institut atau syarikat (yang tidak mempunyai kelulusan status oleh Menteri yang berkenaan)
i.Jenis Borang R&D: Borang 4
ii. Sila rujuk Garis panduan bertajuk Garis Panduan Prosedur Permohonan Potongan Khas Bagi Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan Yang Layak bertarikh 29.12.2021 yang boleh dimuat turun di bawah Garis Panduan Teknikal daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di www.hasil.gov.my
i. Menjalankan aktiviti R&D yang memenuhi definisi R&D, dan kriteria kelayakannya untuk layak sebagai aktiviti R&D yang layak;
ii. Pemastautin bagi tujuan pencukaian di Malaysia;
iii. Menjalankan aktiviti R&D berhubung dengan perniagaannya di Malaysia sama ada secara dalaman (in-house) dalam perniagaannya atau penyumberan luar aktiviti kepada institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, atau syarikat R&D atau syarikat R&D kontrak di Malaysia.
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Jabatan Dasar Percukaian
Aras 17, Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
63000 Cyberjaya Selangor.
[Untuk perhatian: Pengarah Jabatan Dasar Percukaian]