Objektif
● MDXG memberi fokus untuk menyokong syarikat teknologi tempatan yang menunjukkan keupayaan dan kesediaan mereka dalam mengembangkan pasaran ke peringkat global.
● Geran ini dijangka akan merangsang eksport digital bernilai tinggi yang memberi hasil terhadap pembangunan dan pengkomersilan produk atau perkhidmatan mampan yang didorong oleh pasaran, disruptif dan inovatif untuk pasaran global.
Skop Pembiayaan
● Syarikat Milik Tempatan - Sehingga lima puluh peratus (50%) daripada jumlah keseluruhan projek, tertakluk kepada had siling sebanyak RM1,000,000 atau mana lebih rendah
● Syarikat Milik Warga Asing - Sehingga tiga puluh peratus (30%) daripada jumlah keseluruhan projek, tertakluk kepada had siling sebanyak RM1,000,000 atau mana lebih rendah
Sila layari https://mdec.my/grants/mdxg untuk terma dan syarat
Sila layari https://mdec.my/grants/mdxg untuk permohonan dan soalan lazim.
Syarikat Milik Tempatan
● Didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
● Modal berbayar syarikat minimum RM50,000.
● Berstatus aktif dan 51% ekuiti pemilikan syarikat dimiliki rakyat Malaysia, sepertimana yang termaktub dalam struktur pegangan saham dalam SSM.
Syarikat Milik Warga Asing
● Didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
● Berstatus aktif dan modal berbayar syarikat minimum RM500,000.
Sila layari https://mdec.my/grants/mdxg untuk terma dan syarat