Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Insentif diberikan kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan R&D di Malaysia kepada syarikat selain syarikat berkaitan (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1968).

Insentif Cukai 

i. Pioneer Status/Taraf perintis (PS) dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun selama lima (5) tahun. Kerugian perintis yang tidak diserap selepas tamat tempoh perintis dibenarkan dibawa ke hadapan untuk penilaian selama 7 tahun berturut-turut; atau 

ii. Investment Tax Allowance (ITA) sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh sepuluh (10) tahun. ITA ini boleh digunakan untuk mengimbangi 70% pendapatan berkanun dalam setiap tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya.
 

Kaedah Permohonan

Secara atas talian melalui
https://investmalaysia.mida.gov.my/EIP/InvestMalaysia.aspx

Kriteria Kelayakan

Kriteria Kelayakan 

● Syarikat mesti diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia. 

● Aktiviti R&D yang dijalankan mestilah mematuhi definisi baru R&D di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA), 1986. 

● Aktiviti R&D yang dijalankan mestilah mengikut keperluan negara dan membawa manfaat kepada ekonomi Malaysia. 

● Sekurang-kurangnya 70% daripada pendapatan syarikat harus diperoleh daripada aktiviti R&D. Hanya pendapatan daripada perkhidmatan R&D dan pendapatan yang dijana daripada Harta Intelek (IP)* jika ada, akan dikecualikan.
*Pendapatan IP merujuk kepada apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan atau pelesenan hak untuk menggunakan aset IP (seperti royalti, keuntungan modal dan pendapatan lain daripada penjualan aset IP) dan daripada pendapatan embedded IP (daripada penjualan produk dan penggunaan proses yang berkaitan secara langsung dengan aset IP). 

● Untuk penyelidikan dan pembangunan berasaskan pembuatan, syarikat mesti mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa  yang mencukupi ** yang bekerja di Malaysia yang melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal dengan kelulusan: 
a. Ijazah dalam bidang sains dan teknikal; atau 
b. Diploma sains dan bidang teknikal dengan pengalaman minimum 5 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Bilangan pekerja perlu sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tenaga kerja syarikat.

● Untuk penyelidikan dan pembangunan berasaskan pertanian, syarikat mesti mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa  yang mencukupi ** yang bekerja di Malaysia yang melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal dengan kelulusan: 
a. Ijazah dalam bidang sains dan teknikal; Atau 
b. Diploma sains dan bidang teknikal dengan pengalaman minimum 5 tahun dalam bidang yang berkaitan. 
Bilangan pekerja perlu sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah tenaga kerja syarikat.

**Cadangan yang dikemukakan oleh syarikat akan dinilai secara terperinci oleh MIDA dan sebarang keputusan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI). 

Maklumat Perhubungan

Puan Santha Devi Subramaniam
Pengarah
Bahagian Perancangan Strategik & Dasar Advokasi (Perkhidmatan)

Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
MIDA Sentral,
No. 5, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Email
santhadevi@mida.gov.my
Telefon
03-22676722
Terakhir dikemaskini
20 Jun 2023