CIP SPRINT adalah geran bersyarat - convertible grant sehingga RM600,000 untuk tempoh maksimum lapan belas (18) bulan, yang meliputi pengkomersilan teknologi untuk syarikat pemula.
Sila layari https://cradle.com.my/grants/cip-sprint/ untuk maklumat lanjut
Permohonan melalui pautan laman sesawang iaitu: https://gms.cradle.com.my/#/authentication/signin
Syarikat:
1. Syarikat mesti berstatus Sdn Bhd.
2. Usia penubuhan syarikat mesti kurang daripada tujuh (7) tahun pada masa permohonan.
3. Pendapatan terkumpul syarikat tidak boleh melebihi RM5 juta.
4. Syarikat mesti dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) oleh warganegara Malaysia (atau majoriti pekerja mesti warganegara Malaysia jika kurang daripada 51%).
5. Syarikat mesti mempunyai hak harta intelek yang diperlukan untuk produknya.
6. Tiada syarikat lain yang memegang 25% atau lebih pegangan saham dalam syarikat.
7. Sekurang-kurangnya 2 pengarah (sekurang-kurangnya satu mesti warganegara Malaysia).
8. Syarikat mesti mempunyai modal berbayar minimum sebanyak RM10,000.