Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

BeST 2.0 adalah program “Place, Train & Hire” selama enam bulan yang direka untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Para graduan akan dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman kerja industri dalam syarikat bioteknologi dan berasaskan bio (dirujuk sebagai 'syarikat hos'). Program ini bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan tetap selepas tempoh enam bulan di syarikat hos serta membangunkan minat mereka untuk menjadi Bio-Agropreneur muda.

Program bersepadu ini, memberi pendedahan kepada graduan tentang kemahiran yang diperlukan oleh industri dan memberi pengetahuan teknikal melalui pengalaman kerja sebenar. Ini akan membangunkan kemahiran kepimpinan dan kecemerlangan peribadi  mereka untuk menjadi prospek yang bersedia bekerja dengan majikan dalam industri. Inisiatif BeST 2.0 selaras dengan strategi utama Dasar Bioteknologi Negara 2.0 iaitu untuk membangun dan mengubah bakat khusus menjadi tenaga kerja yang kompeten, adaptif, dan didorong oleh industri untuk menyokong industri bioteknologi dan berasaskan bio.

Kerjasama Bioeconomy Corporation dengan universiti/Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan rangkaian luas syarikat bioteknologi dan berasaskan bio termasuk syarikat BBA dan Status BioNexus, dapat membantu membekalkan bakat mengikut keperluan industri.

Melalui bantuan dari Bioeconomy Corporation, syarikat hos  akan menerima manfaat seperti berikut:
• Ruang iklan kekosongan pekerjaan dalam portal Biokerjaya (www.biokerjaya.my) untuk pencarian bakat dan melaksanakan aktiviti promosi lain;
• Penyediaan elaun bulanan;
• Penyaringan awal calon (semakan resume, ujian psikometrik, dan padanan kriteria); dan
• Latihan persediaan kerja (latihan soft skill dan teknikal) untuk graduan mengikut keperluan industri sebelum penempatan kerja di syarikat hos.

BeST 2.0, menjadi platform kepada graduan bioteknologi dan  bio tempatan untuk peluang kerjaya mereka dalam sektor ini serta memberi akses kepada graduan untuk mendapatkan kerja di syarikat hos. Seterusnya dapat membantu graduan mendapatkan kedudukan tetap sebagai Knowledge Workers selepas tamat latihan program ini.
 

Kaedah Permohonan

Sila rujuk laman sesawang Bioeconomy Corporation (https://www.bioeconomycorporation.my/bioacademy/best-programme/) untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran melalui pautan berikut: https://best.bioeconomycorporation.my/

 

Kriteria Kelayakan

Graduan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 21 – 33 tahun
3. Mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D. dalam apa-apa disiplin
4. Graduan baru atau mempunyai pengalaman kerja tidak melebihi 2 tahun

Syarikat Hos:
1. Syarikat yang berkaitan dengan industri bioteknologi pertanian & keselamatan makanan, bioteknologi kesihatan & kesejahteraan termasuk bioperubatan dan ekonomi dalam ruang lingkup industri bioteknologi.
2. Menawarkan peluang/pembukaan pekerjaan di masa hadapan

Maklumat Perhubungan

Corporate Office
Ground Floor, Menara Z10,
Jalan Alamanda 2, Presint 1,
62000 Wilayah Persekutuan,
Putrajaya, Malaysia.

Email
christabel.jiram@bioeconomycorporation.my
Telefon
03-8893 4311
Terakhir dikemaskini
01 Ogos 2023