Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Organisasi Pemberi Anugerah
Objektif Anugerah

1. Mengiktiraf individu atau / dan organisasi yang telah menyumbangkan dan menunjukkan kecemerlangan dalam meningkatkan imej, prestasi dan peningkatan industri pembinaan
2. Menyediakan platform untuk persaingan sihat di kalangan pemain industri dalam usaha mencapai kecemerlangan dengan mempamerkan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek
3. Memperkukuhkan pemain industri pembinaan, baik di peringkat domestik dan antarabangsa

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf penyeddia perkhidmatan berkaitan pembinaan Malaysia yang telah berjaya mencapai pengiktirafan yang menyerlah dan berwibawa dalam usahaniaga pembinaan di luar negara dengan nilai projek melebihi RM100 juta.

Kriteria Kelayakan

1. Kategori ini dibuka kepada pemaju / kontraktor / perunding / pembekal dan / atau pengilang bahan binaan. Namun, kontraktor mestilah mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB.
2. Pemaju / kontraktor / perunding / pembekal dan / atau pengeluar yang berpartisipasi dalam kategori ini hendaklah mempunyai satu atau lebih projek antarabangsa yang telah siap dan telah memperoleh Sijil Siap Tatalaku Praktikal (CPC) kerja atau setaraf antara 01 Julai2016 hingga 31 December 2023.
3. Peratusan ekuiti bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 30% bagi syarikat usaha sama.
4. Projek yang sebelum ini dinilai dalam masa lalu MCIEA tidak layak untuk diserahkan di MCIEA 2024.

Insentif

Di samping trofi dan sijil kecemerlangan, penerima anugerah juga akan menikmati insentif-insentif seperti berikut
1.    Kebenaran menggunakan logo Anugerah MC正A di dalam penerbitan mereka untuk tempoh 1 tahun berkuatkuasa da ri tarikh penerimaan Anugerah.
2.    Publisiti percuma tentang produk dan perkhidmatan mereka di dalam penerbitan CIDB untuk tempoh 1 tahun berkuatkuasa dari tarikh penerimaan Anugerah.
3.    Publisiti di dalam laman web CIDB dan Iain-Iain platform media.
4.    Memperolehi 40 mata CCD untuk kontraktor.
5.    Penerima yang terpilih mungkin akan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan di mana-mana platform CIDB. 
 

Kaedah Permohonan

PROSEDUR PENGHANTARAN PENYERTAAN/PENCALONAN
Sila baca peraturan berikut sebelum menyedia dan menghantar penyertaan anda. Kegagalan untuk mematuhi peraturan mungkin boleh membatalkan penyertaan anda.


1.    BORANG PENYERTAAN


a.    Semua peserta Anugerah MCIEA 2024 dikehendaki menghantar permohonan secara talian melalui https://me iea.my/c riteria/.
b.    Peserta boleh membuat penyertaan lebih daripada satu kategori.
c.    Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani oleh pemohon dan mempunyai tarikh. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan dianggap tidak layak secara automatik.
d.    CIDB mempunyai hak mutlak da lam menentukan penerimaan atau pembatalan sebarang penyertaan.


2.    DOKUMEN PENYERTAAN


a.    Semua maklumat yang diminta dalam borang hendaklah dilengkapkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk penyertaan.
b.    Peserta dikehendaki mengemukakan dokumen atau bahan tambahan untuk penilaian lanjut jika diperlukan. Penyertaan yang disenarai pendek dikehendaki membuat pembentangan secara formal kepada Panel Penilaijika diperlukan.
c.    Gambar yang dikemukakan hendaklah di dalam salinan secara digital berformatkan JPEG dengan resolusi minima 200 dpi. Bahan dan gambar yang dimajukan ke CIDB tidak akan dikembalikan.