Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = Tidak Relevan  3 = Sangat Penting

Gambarajah menunjukkan inovasi pemasaran dan inovasi organisasi yang paling penting dalam sektor pembuatan adalah untuk meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan (min=2.12), diikuti dengan pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal (min=1.92); mengurangkan kos per unit keluaran atau perkhidmatan (min=1.90) dan kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min=1.76). Begitu juga, dalam sektor perkhidmatan, meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan dengan min 1.78. Ini diikuti oleh pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal dengan min 1.71, kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min= 1.66) dan mengurangkan kos bagi setiap unit keluaran atau perkhidmatan (min= 1.42)