Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

1. Menggalakkan syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk memodenkan dan mengautomatikkan proses pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.

2. Pembiayaan sehingga:
i. Dua Puluh Juta Ringgit Malaysia (RM20,000,000) bagi setiap permohonan.
ii. Margin pembiayaan sehingga 100%, dengan tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun.

Kaedah Permohonan

Permohonan melalui pautan laman sesawang iaitu:  https://www.growyourbusiness.com.my

Kriteria Kelayakan

1. PKS atau bukan PKS telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), badan-badan pengawalselia profesional atau badan-badan berkanun lain.
2. Sekurang-kurangnya 51% ekuiti/pemilikan dimiliki oleh rakyat Malaysia.
3. Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
4. Telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 2 tahun atau syarikat pemula yang telah beroperasi selama 6 bulan dengan syarat pengarah/pemegang saham/pengurusan utama mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Maklumat Perhubungan

Business Advisory Unit
Development Finance Business (DFB)
15th Floor, Menara MIDF,
No. 82, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur.
 

Email
growyourbusiness@midf.com.my
Telefon
1300-88-6433
Terakhir dikemaskini
28 Ogos 2023