Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Program ini adalah usaha kerjasama antara agensi kerajaan (MDV) dan sektor swasta untuk menyediakan pembiayaan hutang ventur bagi syarikat pemula teknologi (untuk modal kerja/ pembangunan perniagaan/ pertumbuhan). Kemudahan ini ditawarkan dengan jaminan waran sehingga 35% daripada had pembiayaan.

Kaedah Permohonan

Maklumat lanjut mengenai program atau produk lain yang tersedia boleh dirujuk di https://www.mdv.com.my/v3/wp-content/uploads/2020/08/MDV-Brochure.pdf

Permohonan dalam talian mengikut pautan:  http://www.mdv.com.my/v3/contact-us/

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat diperbadankan di Malaysia.
2. Syarikat pemula teknologi Malaysia yang disokong oleh VC (Modal Ventura) dan/atau agensi kerajaan.
3. Majoriti pemilikan syarikat adalah rakyat Malaysia atau majoriti kakitangan adalah rakyat Malaysia atau majoriti pendapatan dijana di Malaysia.
4. Telah memperoleh pembiayaan Siri A atau lebih tinggi.
5. Mempunyai pemegang saham, pengurusan & kekuatan teknikal serta kepakaran yang kukuh.
6. Potensi pembiayaan siri seterusnya yang signifikan dengan model perniagaan dan pendapatan yang mampan dan boleh ditingkatkan.

Maklumat Perhubungan

Level 5, Menara Bank Pembangunan
1016, Jalan Sultan Ismail 
50250 Kuala Lumpur
 

Email
mdvinfo@mdv.com.my
marazizi@mdv.com.my
mfarid@mdv.com.my
Terakhir dikemaskini
01 Ogos 2023