Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Insentif diberikan kepada syarikat R&D bagi melaksanakan aktiviti pelaburan semula (reinvestments). 

Insentif Cukai 

a) Contract R&D
● PS dengan pengecualian cukai penuh (100%) bagi pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian perintis yang tidak diserap selepas tamat tempoh perintis dibenarkan dibawa ke hadapan untuk penilaian 7 tahun berturut-turut; atau 

● ITA sebanyak 100%  perbelanjaan modal  tambahan dalam tempoh 10 tahun dari tarikh mula perbelanjaan modal berlaku. Elaun ini boleh digunakan untuk mengimbangi 70% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya. 

b) Syarikat R&D 
● ITA sebanyak 100% tambahan perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari tarikh mula perbelanjaan modal berlaku. Elaun ini boleh digunakan untuk mengimbangi 70% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya. 

c) R&D dalaman 
● ITA sebanyak 100% tambahan perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari tarikh mula perbelanjaan modal berlaku Elaun ini boleh digunakan untuk mengimbangi 70% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya. 

Kaedah Permohonan

Secara atas talian melalui
https://investmalaysia.mida.gov.my/EIP/InvestMalaysia.aspx

Kriteria Kelayakan

Kriteria Kelayakan 

● Syarikat yang tidak menerima manfaat PS / ITA untuk aktiviti R&D.

● Syarikat yang menerima PS/ITA untuk aktiviti R&D di mana PS/ITA telah tamat tempoh. 

● Syarikat sedia ada yang melaksanakan reinvestment (dengan cara perbelanjaan tambahan untuk loji, jentera dan bangunan) untuk aktiviti R&D berikut layak untuk pusingan kedua PS / ITA: 
(i) perluasan aktiviti R&D sedia ada – reinvestment (melalui perbelanjaan tambahan ke atas loji, jentera dan bangunan) 
(ii) terlibat dalam projek penyelidikan baru / metodologi penyelidikan / proses / produk (tanpa pelaburan tambahan) - hanya terpakai untuk syarikat R&D Kontrak yang memohon PS 

● Aktiviti R&D seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986. 

● Penyelidikan yang dijalankan hendaklah mengikut keperluan negara dan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia. 

● Bagi Syarikat R&D Kontrak dan Syarikat R&D, kriteria semasa akan dikenakan: 
i. Sekurang-kurangnya 70% daripada pendapatan syarikat hendaklah diperolehi daripada aktiviti R&D
ii. Bagi R&D berasaskan pembuatan, sekurang-kurangnya 50% daripada tenaga kerja syarikat mestilah kakitangan yang berkelayakan yang melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal. 
iii. Bagi R&D berasaskan pertanian, sekurang-kurangnya 5% daripada tenaga kerja syarikat mestilah kakitangan yang berkelayakan melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal. 

Maklumat Perhubungan

Puan Santha Devi Subramaniam
Pengarah
Bahagian Perancangan Strategik & Dasar Advokasi (Perkhidmatan)

Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
MIDA Sentral,
No. 5, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Email
santhadevi@mida.gov.my
Telefon
03-22676722
Terakhir dikemaskini
20 Jun 2023