Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Insentif diberikan kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan R&D di Malaysia dan kepada syarikat berkaitan (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1968) atau kepada mana-mana syarikat lain. 

Insentif Cukai 

● Investment Tax Allowance (ITA) sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh sepuluh (10) tahun. ITA ini boleh digunakan untuk mengimbangi 70% pendapatan berkanun dalam setiap tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya.
 
● Syarikat-syarikat berkaitan yang berkenaan  tidak akan menikmati potongan dua kali  bagi pembayaran yang dibuat kepada Syarikat R&D untuk sebarang penggunaan,  perkhidmatan, melainkan Syarikat R&D tersebut memilih untuk tidak memanfaatkan ITA. 

Kaedah Permohonan

Secara atas talian melalui
https://investmalaysia.mida.gov.my/EIP/InvestMalaysia.asp

Kriteria Kelayakan

Kriteria Kelayakan 

● Aktiviti R&D yang dijalankan hendaklah mematuhi definisi R&D di bawah 
Akta Penggalakan Pelaburan (PIA), 1986. 

● Sekurang-kurangnya 70% daripada pendapatan syarikat harus diperoleh daripada aktiviti R&D. Hanya pendapatan daripada perkhidmatan R&D dan pendapatan yang dijana daripada Harta Intelek (IP)* jika ada, akan dikecualikan. 

*Pendapatan IP merujuk kepada apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan atau pelesenan hak untuk menggunakan aset IP (seperti royalti, keuntungan modal dan pendapatan lain daripada penjualan aset IP) dan daripada pendapatan embedded IP (daripada penjualan produk dan penggunaan proses yang berkaitan secara langsung dengan aset IP). 

● Untuk penyelidikan dan pembangunan berasaskan pembuatan, syarikat mesti mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi ** yang bekerja di Malaysia yang melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal dengan kelulusan: 
a. Ijazah dalam bidang sains dan teknikal; atau 
b. Diploma sains dan bidang teknikal dengan pengalaman minimum 5 tahun dalam bidang yang berkaitan. 
Bilangan pekerja perlu sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tenaga kerja syarikat. 

● Untuk penyelidikan dan pembangunan berasaskan pertanian, syarikat mesti mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa  yang mencukupi ** yang bekerja di Malaysia yang melaksanakan fungsi penyelidikan dan teknikal dengan kelulusan: 
a. Ijazah dalam bidang sains dan teknikal; atau 
b. Diploma sains dan bidang teknikal dengan pengalaman minimum 5 tahun dalam bidang yang berkaitan. 
Bilangan pekerja perlu sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah tenaga kerja syarikat. 

**Cadangan yang dikemukakan oleh syarikat akan dinilai secara terperinci oleh MIDA dan sebarang keputusan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI).
 

 

Maklumat Perhubungan

Puan Santha Devi Subramaniam
Pengarah
Bahagian Perancangan Strategik & Dasar Advokasi (Perkhidmatan)

Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
MIDA Sentral,
No. 5, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Email
santhadevi@mida.gov.my
Telefon
03-22676722
Terakhir dikemaskini
20 Jun 2023