Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Sub Geran

1. Geran Projek Mini
2. Geran Pembangunan
3. Geran Produksi
4. Geran Pemasaran dan Pengkomersilan

Objektif

● Membentuk ekosistem yang mampan dalam penciptaan pekerjaan, pelan perniagaan dan perluasan pasaran
● Meningkatkan bakat-bakat tempatan dalam bidang kreatif dan teknikal dengan memanfaatkan kerjasama antarabangsa.
● Mencipta lebih banyak Harta Intelek milik rakyat Malaysia sepenuhnya atau perkongsian bersama rakyat Malaysia.
● Harta Intelek berkualiti dibangunkan dan memberi pulangan pendapatan pada tahap maksimum bermula daripada pembangunan kepada proses komersialisasi.

Skop Pembiayaan

● Geran Projek Mini (Sehingga 100% daripada kos projek atau siling amaun RM150,000, atau mana-mana nilai lebih rendah)
● Geran Pembangunan (Sehingga 100% daripada kos projek atau siling amaun RM500,000, atau mana-mana nilai lebih rendah)
● Geran Produksi (Sehingga 60% daripada kos projek atau amaun siling RM2,000,000, atau mana-mana nilai lebih rendah)
● Geran Pemasaran dan Pengkomersilan (Sehingga 100% daripada kos projek atau siling amaun RM300,000, atau mana-mana nilai lebih rendah)

Kaedah Permohonan

Sila layari https://mdec.my/grants/dcg untuk maklumat penuh seperti soalan lazim dan proses permohonan.

Kriteria Kelayakan

1. Geran Projek Mini

(a) Syarikat
i. Diperbadankan di Malaysia tidak lebih daripada 5 tahun pada tarikh penyerahan di bawah Akta Syarikat 1965, atau Akta Syarikat 2016;dan
ii. Aktif dan pemilikan ekuiti lima puluh satu peratus (51%) oleh rakyat Malaysia sepertimana struktur pegangan saham dalam SSM; ATAU

b) Perusahaan / Pemilikan Tunggal / Perkongsian;
i. Berdaftar di Malaysia tidak melebihi lima (5) tahun pada tarikh penyerahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; dan
ii. Aktif dan minimum lima puluh satu peratus (51%) pemilikan adalah hak milik warganegara Malaysia, ATAU  

C) Perkongsian Liabiliti Terhad;   
i. Berdaftar di Malaysia tidak lebih daripada lima (5) tahun dari tarikh penyerahan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dan 
ii. Aktif dan sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) pemilikan adalah milik warganegara Malaysia

2. Geran Pembangunan

Beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh permohonan

a) Syarikat tempatan dan berdaftar.
i ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016;
ii. Aktif dan pemilikan ekuiti lima puluh satu peratus (51%) oleh rakyat Malaysia sepertimana struktur pegangan saham dalam SSM; dan
iii. Modal berbayar minimum sebanyak RM20,000

3. Geran Produksi

Beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh permohonan

a) Syarikat tempatan dan berdaftar.
i. ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016;
ii. Aktif dan pemilikan ekuiti lima puluh satu peratus (51%) oleh rakyat Malaysia sepertimana struktur pegangan saham dalam SSM; dan
iii. Modal berbayar minimum sebanyak RM50,000

4. Geran Pemasaran dan Pengkomersilan

Beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh permohonan

a) Syarikat tempatan dan berdaftar.
i. ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016;
ii. Aktif dan pemilikan ekuiti lima puluh satu peratus (51%) oleh rakyat Malaysia sepertimana struktur pegangan saham dalam SSM; dan
iii. Modal berbayar minimum sebanyak RM20,000

Maklumat Perhubungan

MDEC Client Contact Centre
2360 Persiaran APEC
63000 Cyberjaya
 

Email
clic@mdec.com.my
Faks
03-8315 3115
Telefon
03-8315 3000
Terakhir dikemaskini
21 Jun 2023