Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

CIP SPARK adalah geran bersyarat sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum pendanaan lapan belas (18) bulan, yang meliputi pembangunan dan pra-pengkomersilan bagi syarikat pemula teknologi. Geran ini terbuka kepada individu dan syarikat.

Kaedah Permohonan

Sila layari https://cradle.com.my/grants/cip-spark/  untuk maklumat lanjut

Permohonan melalui pautan laman sesawang iaitu: https://gms.cradle.com.my/#/authentication/signin

Kriteria Kelayakan

Kriteria untuk individu:

1. Warganegara Malaysia
2. Bukan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Kriteria untuk syarikat:

1. Usia penubuhan syarikat kurang daripada lima (5) tahun pada masa permohonan.
2. Pendapatan terkumpul syarikat tidak boleh melebihi RM3 juta.
3. Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) oleh warganegara Malaysia (atau majoriti pekerja mesti warganegara Malaysia jika kurang daripada 51%).
4. Syarikat mesti mempunyai hak harta intelek yang diperlukan untuk produknya.
5. Tiada syarikat lain yang memegang 25% atau lebih pegangan saham dalam syarikat.
6. Tiada keperluan modal berbayar

Maklumat Perhubungan

Cradle Fund Sdn Bhd
Level 20, Sunway Putra Tower 
100 Jalan Putra, 50350
Kuala Lumpur

Email
enquiries@cradle.com.my
Telefon
03-40458600
Terakhir dikemaskini
12 Oktober 2023