Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Objektif Anugerah

Mengiktiraf PBT atas perkhidmatan cemerlang dan usaha berinovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.

Objektif:
1. Menggalakkan dan meningkatkan kesedaran tentang inovasi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan;
2. Memberi pengiktirafan secara formal kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mencapai kecemerlangan pembudayaan dalam melaksanakan program-program peningkatan inovasi; dan
3. Menggalakkan persaingan sihat antara Pihak Berkuasa Tempatan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
 

Kriteria Kelayakan

1. Inovasi yang dihasilkan oleh PBT sendiri atau inovasi melalui kerjasama kolaborasi strategik dengan agensi lain.
2. Inovasi yang berusia dalam tempoh tiga tahun mulai tahun 2014 hingga 2016.
3. Pemenang Tempat Pertama AIPBT tidak layak untuk menyertai AIPBT bagi tempoh 2 tahun.

Insentif

Kewangan
Pertama : RM150,000

Kedua : 
RM100,000

Ketiga :
RM50,000

Lain-Lain
Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kaedah Permohonan

1. Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPBT 2017 seperti di Lampiran A dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Agensi;
2. Menyediakan sembilan salinan Laporan AIPBT 2017 dalam bentuk hardcopy dan satu salinan soft copy (dalam bentuk cd atau thumbdrive); dan
3. Mengisi senarai semak permohonan AIPBT 2017 seperti di Lampiran B.
4. Borang penyertaan, Laporan AIPBT dan Dokumen Sokongan hendaklah dikemukakan kepada urus setia sama ada melalui pos/kurier/serahan tangan (hardcopy) dan dalam bentuk cd atau thumbdrive (softcopy) tidak lewat daripada 31 Mac 2017 (Jumaat) jam 5:00 petang di alamat berikut :
 
Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
Aras 20, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.
(u.p. : Urus Setia Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan 2017)