PERPUSTAKAAN MESTECC, ARAS 4, BLOK C5, KOMPLEKS C, W.P PUTRAJAYA
Sempena musim Cuti Akhir Tahun persekolahan 2018, Seksyen Perpustakaan Bahagian Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), MESTECC dengan kerjasama Pusat Sains Negara Kuala Lumpur (PSNKL), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Ibu Pejabat MESTECC dan Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Program Santai@Perpustakaan Tahun 2018 pada 26 November 2018 (Isnin) untuk anak-anak dan pegawai-pegawai MESTECC. Program ini adalah bagi menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan remaja berusia 13 hingga 16 tahun serta dewasa dengan pendekatan yang menarik dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. Penyertaan program telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 245 orang peserta kanak-kanak, remaja, dewasa termasuk ibu bapa.