Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
 Kajian Kesedaran Awam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2022
Kajian Kesedaran Awam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2022
Category
Public Awareness of Science, Technology & Innovation (STI) Malaysia
Publication Date
Summary

Kajian Kesedaran Awam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2022 adalah yang kesembilan dalam siri kajian yang dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC). Matlamat kajian adalah untuk menilai kesedaran dan pemahaman, minat dan sikap masyarakat Malaysia terhadap STI serta untuk melihat penglibatan mereka dalam program STI.
Hasil kajian ini bertujuan bukan sahaja untuk agensi kerajaan dan pembuat dasar, tetapi juga untuk sektor pendidikan dan swasta. Penemuan ini amat berguna untuk membolehkan pendidik dan pembuat dasar menghasilkan strategi untuk menjadikan STI lebih menarik kepada rakyat Malaysia. Laporan ini juga membolehkan kerajaan melihat dengan lebih terperinci bagaimana Malaysia boleh menggunakan STI untuk mengukuhkan kedudukan di peringkat antarabangsa dan setanding dengan negara maju. Laporan Kesedaran Awam Terhadap STI Malaysia 2022 amat penting dalam memacu negara kita ke arah masyarakat MADANI.