Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

KIBO RPC 2022

KIBO RPC 2022
Penerangan

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2022.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball)  di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan misi yang ditetapkan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).  

Kibo-RPC pertama telah dianjurkan pada Oktober 2019 hingga Oktober 2020 yang telah disertai oleh 1,168 orang pelajar, yang terdiri daripada 313 kumpulan yang merangkumi tujuh (7) buah negara (Jepun, Thailand, Indonesia, Australia, Taiwan, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)). Video pertandingan (1st Kibo-RPC) boleh dicapai menerusi url ini https://iss.jaxa.jp/en/kuoa/news/kibo-rpc_final.html.

Pertandingan Kibo-RPC direka khas untuk generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang pengaturcaraan robotik, sains dan teknologi angkasa.  Melalui penyertaan pertandingan ini, golongan muda akan mendapat pendedahan kepada teknologi angkasa, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan serta mendapat peluang untuk bekerjasama dengan saintis di peringkat antarabangsa. Selain itu, para peserta akan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan simulasi.

MYSA akan menganjurkan pertandingan ini di peringkat kebangsaan bagi mencari kumpulan yang layak untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan 3rd Kibo-RPC anjuran JAXA di Peringkat Asia Pasifik.

Tarikh Mula
Tarikh Berakhir
Penganjur
MYSA
Lokasi

Kuala Lumpur, Malaysia