Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

BENGKEL PENYELARASAN INPUT INISIATIF GLOBAL INNOVATION INDEX

BENGKEL POSTER-04
Penerangan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah peneraju utama bagi Global Innovation Index (GII) di Malaysia sejak tahun 2017. Bagi mempertingkatkan prestasi negara dalam Laporan GII, Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing GII (JIPGII) telah ditubuhkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan pemantauan secara sistematik dan berkesan untuk menaikkan kedudukan Malaysia dalam GII.

Mesyuarat Panel Khas Pemantauan dan Penilaian Prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Bilangan 2 Tahun 2022 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah bersetuju supaya Prestasi Malaysia dalam Laporan GII dijadikan sebagai salah satu indikator bagi Key Performance Indicator (KPI) PPTPA Tier 1.

Bagi mengukuhkan proses pemantauan secara berterusan bagi Laporan GII, MOSTI sedang dalam tindakan untuk mendapatkan maklumat berhubung inisiatif, program atau projek yang berkaitan dengan semua 81 indikator yang diukur dalam GII. Semua maklumat ini diperlukan bagi memantau prestasi setiap indikator dalam Laporan GII dan turut mengenal pasti pemilik data yang berkaitan.

OBJEKTIF:

  1. Platform untuk verifikasi dan validasi maklumat Inisiatif, program atau projek yang dikemukakan oleh pembekal data;
  2. Memberi pendedahan mengenai Sistem Model Data GII dan kaedah scorecard yang akan dibangunkan; dan
  3. Menyediakan laporan hasil bengkel untuk makluman pengurusan tertinggi seterusnya akan dibawa untuk JIPGII.

TARIKH: 4 - 7 September 2023 (4 hari)

TEMPAT: Pulse Grande Hotel, Putrajaya

SASARAN PESERTA: Kementerian dan Agensi yang menyumbang data secara langsung atau tidak langsung untuk Laporan GII (LAMPIRAN A - Sasaran Peserta Bengkel)

TENTATIF BENGEKL: LAMPIRAN B - Tentatif Bengkel

Tarikh Mula
Tarikh Berakhir
Penganjur
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
Lokasi

Taman Putra Perdana Presint 1, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, 62000, Malaysia