Skip to main content
Please wait...
Document

Buku Kembara 30 Tahun MASTIC: 1992 – 2022 merupakan memoir yang merakamkan perjalanan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) dari awal penubuhan sehingga akhir tahun 2022. MASTIC merupakan bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) yang kini dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MASTIC telah berusaha gigih sepanjang tempoh ini dalam menjadikannya pilihan utama sebagai pusat data yang membekalkan maklumat strategik sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui adaptasi dan perkembangan kepada perubahan teknologi dan berusaha memenuhi permintaan pelanggan untuk mendapatkan maklumat secara pantas dan terkini.

MASTIC sentiasa berusaha dalam memastikan data dan maklumat yang dipaparkan adalah relevan, terkini dan tepat. Kerjasama pelbagai pihak sama ada sektor awam atau sektor swasta dianggap sebagai rakan strategik@pelanggan MASTIC yang bersama-sama berkongsi maklumat dan pandangan bagi membantu pembangunan dasar STI negara.

Oleh itu, buku ini diharapkan menjadi institutional memory bagi MASTIC dan seterusnya mencatatkan momen-momen penting perjalanan MASTIC sepanjang 30 tahun dan memberikan gambaran keupayaan dan aspirasi MASTIC di masa hadapan.

Publication Category
Publication Date
-