Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Panel Khas Pemantauan dan Penilaian Prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan supaya Prestasi Malaysia dalam Laporan Global Innovation Index (GII) dijadikan sebagai salah satu indikator bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PPTPA Tier 1- Tanggungjawab Bersama Perkhidmatan Awam - Daya Saing Negara.

Bagi mengukuhkan proses pemantauan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam tindakan untuk memuktamadkan maklumat berhubung inisiatif, program atau projek yang berkaitan dengan semua 81 indikator yang diukur dalam Laporan GII. Satu Garis Panduan Pengisian Model Data Maklumat Projek yang menyumbang kepada pemarkahan Laporan GII telah dibangunkan bagi tujuan pemantauan prestasi setiap indikator yang berasaskan kepada inisiatif/program di bawah Kementerian, Jabatan dan Agensi. 

Setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi yang telah dikenal pasti menyumbang kepada data Laporan GII dan dikesan dapat memberi impak kepada perkembangan inovasi negara secara langsung atau tidak langsung dikehendaki melengkapkan dokumen Model Data GII yang berasaskan kepada data/inisiatif/program di bawah Kementerian/Jabatan/Agensi sebelum ianya dimuktamadkan dalam satu bengkel khusus yang akan dilaksanakan pada 4 - 7 September 2023.