Skip to main content
Please wait...

Seminar Foresight Dalam Sains, Teknologi & Inovasi

Seminar & Bengkel Hands-On Foresight Training bersama Focal Point Data Raya & Foresight Kementerian/Agens
Description

Seminar ini menggabungkan kepakaran dalam dan luar negara dalam foresight sains, teknologi dan inovasi bagi mewujudkan platform kolaborasi data raya dan foresight merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Melalui seminar ini ia memberi peluang dan ruang penambahbaikan gerak kerja yang boleh ditambahbaik terutamanya dalam pembangunan polisi Kerajaan iaitu dengan menggabungkannya  analitik data raya dan inisiatif foresight. 

Penggunaan metodologi foresight akan dapat memberikan panduan kepada pembuat dasar untuk 10-15 tahun akan datang, serta mengurangkan risiko daripada sebarang ketidaktentuan yang berkemungkinan untuk berlaku. Kolaborasi dan perkongsian data dan maklumat yang berterusan merupakan kunci utama untuk memastikan polisi berasaskan data yang menyeluruh dan terbukti berkesan dengan mengambil kira pelbagai senario-senario yang bakal berlaku.

Dalam majlis sama, Sistem Model Data Global Innovation Index (GII) turut dilancarkan. Sistem Model Data GII ini dibangunkan oleh MOSTI dengan kerjasama MIGHT dalam menyediakan maklumat mengenai tahap prestasi Malaysia berbanding negara-negara lain yang dinilai dalam Laporan Global Innovation Index.

Start Date
End Date
Organizer
MOSTI
Address

Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur