FORUM PERINGATAN TAHUNAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH (RBS) & PENGUMUMAN PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN PERUBATAN RBS 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Sains Malaysia (ASM) berbesar hati menjemput YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato'/ YBrs. Prof./ Ts./ Ir./ Dr./ Tuan/ Puan ke Forum Peringatan Tahunan Dr Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) serta Pengumuman Penerima Geran Penyelidikan Perubatan RBS 2025. Majlis ini dicadangkan untuk memperingati jasa baik Dr Ranjeet Bhagwan Singh, seorang dermawan yang telah mewakafkan seluruh Kementerian Harta Tanah beliau demi memajukan bidang sains dan perubatan, Tabung Amanah. Inovasi (MOSTI).
Forum tahun ini bertemakan “Memanfaatkan Produk Semula Jadi Bioaktif untuk Penuaan Sihat”, seiring dengan unjuran bahawa Malaysia akan mencapai status masyarakat menua menjelang tahun 2030. Forum ini akan menghimpunkan pemimpin serta pakar daripada kementerian, akademia, industri dan masyarakat sivil berkongsi pandangan serta membentuk jaringan kerjasama strategik. Hasil perbincangan akan dimajukan sebagai input penting kepada majlis dan jawatankuasa kebangsaan berkaitan dalam penggubalan dasar berasaskan bukti. Pada majlis yang sama, ASM akan mengumumkan penerima Geran Penyelidikan Perubatan RBS 2025 bernilai RM50,000 kepada seorang saintis muda cemerlang.
