Skip to main content

VI Young Scientists Congress

VI Young Scientists Congress merupakan platform antarabangsa yang bertujuan menghimpunkan penyelidik muda berbakat, inovator dan profesional yang terlibat dalam penyelidikan saintifik serta pembangunan teknologi. Kongres ini juga bertujuan memupuk kerjasama saintifik di peringkat antarabangsa melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan jaringan profesional. Bidang saintifik keutamaan bagi penyertaan dalam kongres ini adalah seperti berikut:

  • teknologi termaju untuk pembangunan produk berteknologi tinggi;
  • peralihan tenaga yang mampan dan cekap;
  • perubatan peribadi, prediktif dan pencegahan;
  • pembangunan mampan dalam pertanian dan akuakultur;
  • keselamatan negara dan mitigasi ancaman;
  • infrastruktur pintar dan sistem penjelajahan;
  • tindakan iklim dan perlindungan alam sekitar;
  • respons masyarakat yang berkesan terhadap cabaran utama yang dihadapi Rusia; dan
  • teknologi berinspirasikan alam semula jadi atau Nature-Inspired Technologies

Program semasa kongres ini akan turut menampilkan pameran pencapaian terkini sains dan teknologi Rusia, di samping sesi perbincangan panel, bengkel, meja bulat serta sesi tematik merangkumi pelbagai disiplin sains. Penganjuran kongres ini pada tahun 2025 telah menarik penyertaan lebih daripada 8,500 peserta dari Rusia dan lebih 100 buah negara, termasuk wakil daripada 480 universiti Rusia dan 44 universiti antarabangsa. VI Young Scientists Congressini dilihat sebagai peluang yang baik untuk membina jaringan profesional, bertukar-tukar pengetahuan serta meneroka ruang kerjasama saintifik di peringkat antarabangsa. Maklumat lanjut berhubung  VI Young Scientists Congress boleh dilayari melalui Young Scientist Congress atau Roscongress Foundation.

Date Start :-
Date End :-
Location :- Wilayah Persekutuan Sirius, Sochi, Rusia
Website :- https://science-congress.com/en
vi-young-scientist-congress