The 7th Kibo-Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2026/2027
Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Planetarium Negara kini membuka pendaftaran bagi The 7th Kibo-Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2026/2027 dengan hasrat “Membina bakat muda STI Angkasa dengan 7th Kibo-RPC 2026/2027!”.
Pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk menguji serta mengetengahkan kreativiti dan kebolehan peserta dalam mengawal robot menerusi simulasi misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Misi mencabar pada tahun ini adalah untuk mengesan kebocoran di ISS!
Pasukan terbaik yang terpilih berpeluang mewakili negara ke Pusingan Akhir Peringkat Antarabangsa menggunakan robot Int-Ball2 sebenar di modul Kibo, ISS.

