Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2026
Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2026 bertemakan “Penerbitan Berimpak Tinggi Teras Perkembangan Ilmu” akan diadakan pada 18 – 20 Ogos 2026 bertempat di Hotel Travelodge Ipoh, Perak. Seminar ini adalah anjuran Agensi Nuklear Malaysia dengan sokongan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), PTS Media Group (PTS), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Majalahsains.com
Seminar ini akan membincangkan pelbagai aspek penting termasuk cabaran semasa, isu hak cipta, keselamatan maklumat, pengurusan editorial, strategi pemasaran, serta hala tuju masa depan penulisan dan penerbitan saintifik. Program ini akan diteruskan dengan bengkel selama satu (1) hari yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat serta memperkukuh penguasaan teknik dan kaedah penulisan saintifik, di samping membuka ruang kepada peluang penerbitan.

