National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2026
NICE merupakan program penjenamaan semula dengan peluasan skop Sidang Kemuncak Malaysia Commercialisation Year (MCY) yang telah dilaksanakan oleh MOSTI sejak tahun 2016 bagi mengiktiraf serta meraikan pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang berjaya mengkomersialkan produk/teknologi/perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh MOSTI.

