Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Skim Dana AIF bertujuan untuk meningkatkan penyertaan inovator dalam aktiviti inovasi dan mendorong inovasi teknologi produk, proses, sistem atau perkhidmatan baharu yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Skop Pembiayaan

G01: Pilot plant/prototype
G02: Pre-clinical trial/clinical trial/non-clinical trial/field trial/stress test/user acceptance test
G03: Intellectual Property (IP)
G04: Market study and evaluation
G05: Compliance with regulations and standards
G06: Special services
G07: Raw materials/ consumables directly related to the project
G08: Administration
G09: Technology/IP acquisition

Kaedah Permohonan

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti di Lampiran 4 melalui https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemohon hendaklah mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pembiaya pihak. Permohonan yang dihantar akan disemak oleh MOSTI untuk memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta memenuhi kelayakan asas permohonan AIF. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/ Syarikat Pemilikan Tunggal/ Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad yang berasaskan / berkaitan teknologi dan inovasi perlu mematuhi syarat berikut:
1.1 Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961; atau
1.2 Perniagaan di Sabah dan Sarawak yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan; atau
1.3 Perniagaan juga hendaklah berdaftar dengan badan berkanun bagi penyedia perkhidmatan profesional.

2. Pemohon perlu mematuhi syarat seperti berikut:
2.1. Pemohon dari kategori persatuan/koperasi/NGO/Syarikat Pemula (start-up)/Syarikat PKS hendaklah yang berdaftar/diiktiraf oleh Kerajaan.
2.2. Pemohon hendaklah menunjukkan bukti kemampuan kewangan untuk menyokong bahagian kos projek yang tidak dibiayai di bawah geran ini. (Contohnya: Penyata Bank tiga (3) bulan terkini)
2.3. Permohonan daripada individu perlu disertakan dengan surat sokongan daripada pengadil. (Pengadil adalah merujuk kepada badan atau individu yang diberi kuasa).

3. Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovation- enabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.
3.1. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi/ berkaitan teknologi dan inovasi;dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.

4. Bagi Syarikat PKS atau Syarikat pemula (start-up), yang pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu:
i. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype),
ii. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan
iii. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia.

5. Bagi permohonan daripada Syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% (monetary atau in-kind) daripada jumlah keseluruhan kos projek.

6. Semua pemohon hendaklah berdaftar di Malaysia.

7. Hanya warganegara Malaysia boleh memohon dan mengetuai projek yang dimohon. Bagi bukan warganegara Malaysia daripada mana-mana organisasi antarabangsa atau ekspatriat boleh menyertai projek sebagai ahli pasukan projek.

8. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.

9. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.

10. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.

11. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.

12. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.

13. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia.

Maklumat Perhubungan

Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 4, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya

Email
urusetia.aif@mosti.gov.my
helpdesk-sdb@mosti.gov.my
Terakhir dikemaskini
01 Ogos 2023