Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan bertujuan untuk menilai status, trend dan statistik aktiviti R&D di seluruh Malaysia.
Kajian terkini telah dijalankan pada tahun 2023 melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang merangkumi data bagi tahun kewangan 2022.
Kini, MASTIC sedang melaksanakan Kajian R&D Kebangsaan 2025 yang berfokus kepada pengumpulan data bagi tahun kewangan 2024. Kajian ini adalah amat penting dalam menyediakan data berasaskan bukti yang diperlukan untuk mencorak landskap STI Malaysia.



