Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Malaysia
Latar Belakang
MASTIC melaksanakan pengumpulan data mengenai minat, sikap, pengetahuan, pemahaman dan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap bidang STI. Kajian ini secara tidak langsung mengukur sejauh mana penglibatan dan penerimaan masyarakat umum terhadap program-program STI yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Kajian Kesedaran Awam telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1996 dan kali terakhir pada tahun 2019. Mulai tahun 2008, Kajian ini diadakan sekali setiap Rancangan Malaysia mengambil kira trend yang tidak menunjukkan banyak perubahan sekiranya dijalankan secara dwitahunan.
Hasil penemuan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar untuk merancang dan melaksanakan strategi yang sesuai dalam memastikan STI mudah difahami dan lebih menarik minat masyarakat awam di Malaysia. Masyarakat awam sebaliknya akan mendapat faedah melalui program STI yang efektif, di mana ia akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi.
Skop dan Metodologi
Kajian ini mengguna pakai garis panduan NSF Surveys yang digunakan di Amerika Syarikat bagi membolehkan perbandingan di peringkat antarabangsa dilaksanakan.
Pengumpulan data kajian dilaksanakan menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan oleh MASTIC dan diisikan oleh pembanci (enumerators) melalui temu bual secara bersemuka dengan responden. Kaedah ini adalah bagi memastikan data yang dikumpulkan menggambarkan tahap sebenar pengetahuan masyarakat terhadap STI.
Definisi
Definisi istilah yang digunakan:
Status Semasa Kajian Terkini
Kajian Kesedaran Awam mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi terkini telah diterbitkan pada tahun 2023.