Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan
Latar Belakang
Tinjauan Nasional Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bertujuan untuk mengetahui status, trend dan statistik R&D negara bagi tahun kewangan. Tinjauan Nasional R&D telah dilaksanakan oleh MASTIC sejak 1994 (untuk tahun kewangan 1992). Lima belas Kajian Nasional R&D telah diterbitkan untuk memenuhi permintaan pihak berkepentingan dalaman dan luaran MASTIC. Kajian terbaru yang dijalankan oleh MASTIC pada tahun 2021, meliputi data untuk tahun kewangan 2020.
Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk, mengukur prestasi R&D negara berbanding sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan bagi tujuan perbandingan antarabangsa.
Objektif Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan
- Mengukur status, kemajuan dan aliran perubahan aktiviti R&D negara secara menyeluruh;
- Membandingkan kemajuan aktiviti R&D negara dengan negara-negara lain berdasarkan dapatan kajian; dan
- Membuat perbandingan pencapaian negara dalam bidang STI di peringkat antarabangsa; dan
- Mengkaji dan menganalisis nisbah perbelanjaan kasar R&D terhadap GDP, nisbah minimum 30:70 perbelanjaan R&D di antara sektor awam dan swasta serta bilangan penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja berdasarkan faktor-faktor seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran, dasar dan lain-lain
Skop dan Metodologi
Kajian R&D Kebangsaan meliputi organisasi awam dan swasta. Sektor yang terlibat terdiri daripada:
Definisi
Terdiri daripada kerja-kerja kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk meningkatkan stok pengetahuan – termasuk pengetahuan berkaitan manusia, budaya dan masyarakat – dan untuk merangka aplikasi baru untuk pengetahuan yang sedia ada (Frascati Manual, 2015).
Status Semasa Kajian Terkini
Tinjauan Nasional R&D yang akan datang dijangka diterbitkan pada Suku 3 tahun 2025 untuk pembangunan Tinjauan Nasional R&D 2023 (Tahun Kewangan 2022).