CIP Spark
Kriteria untuk individu:
1. Rakyat Malaysia
2. Bukan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Kriteria untuk syarikat:
1.Berumur kurang daripada lima (5) tahun pada masa permohonan.
2. Hasil terkumpul syarikat tidak boleh melebihi RM3 juta.
3. Syarikat mestilah sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) milik rakyat Malaysia (atau majoriti pekerja mestilah rakyat Malaysia jika kurang daripada 51%).
4. Syarikat mesti mempunyai hak harta intelek yang diperlukan untuk produknya.
5. Tiada syarikat lain memegang 25% atau lebih pegangan saham dalam syarikat tersebut.
6. Tiada keperluan modal berbayar
Pemohon boleh mendaftar dan memohon di Portal MYStartup Single Window di https://www.mystartup.gov.my/
CIP SPARK ialah geran sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum lapan belas (18) bulan, meliputi pembangunan dan pra-pengkomersialan untuk syarikat permulaan teknologi. Ia adalah pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat untuk membantu usahawan peringkat awal membangun dan mengkomersialkan produk mereka.
Setelah menerima dana, penerima CIP SPARK disokong dengan peluang jaringan perniagaan dan perkhidmatan nilai tambah lain yang akan membantu memupuk, membangunkan dan mempersiapkan mereka dengan pembangunan model perniagaan, kemahiran pengesahan pasaran dan akses pasaran.
CIP SPARK terbuka kepada syarikat dan individu. CIP SPARK menerima permohonan dari pelbagai peringkat bermula dari ideasi, pembangunan prototaip, peningkatan produk. CIP SPARK disalurkan kepada penerima melalui pembayaran pendahuluan dan asas pembayaran balik. CIP SPARK ialah geran bersyarat, di mana salah satu syaratnya ialah penerima tertakluk kepada pembayaran balik jumlah yang disalurkan sekiranya berlaku penamatan dan terma lain seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pembiayaan.
Cradle Fund Sdn Bhd
Level 20, Sunway Putra Tower
100 Jalan Putra, 50350
Kuala Lumpur
enquiries@cradle.com.my
03-40458600