Langkau ke kandungan utama

Kadar Vaksinasi Keseluruhan Berdasarkan Kategori Pusat Pemberian Vaksin

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dikategorikan sebagai PPV Kesihatan seperti yang beroperasi di fasiliti Klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital Kerajaan, Klinik Swasta dan Hospital Swasta. PPV Bukan Kesihatan pula merupakan inisiatif CITF di bawah PICK bagi memperluaskan dan menyegerakan proses vaksinasi di pusat tumpuan awam seperti di stadium, pusat konvensyen dan dewan orang ramai untuk mengalih dan mengurangkan bebanan fasiliti kesihatan yang perlu difokuskan kepada rawatan pesakit serta aspek perubatan. PPV Bukan Kesihatan ini dikelaskan kepada PPV Awam termasuk yang beroperasi secara integrasi awam-swasta dan PPV Industri yang beroperasi secara bersama dengan pihak industri. PPV Bukan Kesihatan di bawah CITF ini mula dibuka secara rasmi pada 16 April 2021 yang beroperasi secara berperingkat dan telah menyumbang kepada 74% dos suntikan vaksin negara.