Langkau ke kandungan utama

Kadar vaksinasi dewasa mengikut negeri, daerah dan lokaliti

Statistic

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

Bagi kemajuan vaksinasi di peringkat lokaliti yang lebih kecil seperti daerah setakat 31 Oktober 2021, 95 daerah berjaya mencapai 80% populasi dewasa lengkap divaksinasi. Daerah yang masih belum mencapai kadar tersebut kebanyakannya berada di kawasan pedalaman, atau bersempadan dengan lokaliti/ daerah lain yang merekodkan kadar vaksinasi melebihi jumlah penduduk. Di peringkat lokaliti sebegini, peratusan vaksinasi yang bersandarkan jumlah penduduk di sesuatu kawasan perlu juga dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira beberapa lokaliti/daerah lain yang merekodkan kadar vaksinasi melebihi 100% jumlah penduduk. Dalam hal ini, sebanyak 28 lokaliti/daerah terutamanya di kawasan bandar terdapat telah menvaksinasi melebihi 100% jumlah anggaran penduduk.