Pangkalan Data MOSTI Raw Data for Research and Sciences (RADARS) telah dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) pada tahun 2019. RADARS menyediakan satu platform perkongsian data terbuka bagi data mentah sains dan penyelidikan yang terdapat di bahagian, jabatan dan agensi MOSTI agar dicapai oleh pengguna awam khasnya pelajar dan penyelidik tempatan.
Majoriti data yang terkandung dalam RADARS adalah bersifat umum, terbuka dan dikongsi secara percuma dengan syarat pengguna mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemilik data secara berkala. Terdapat juga, sebilangan data jenis terhad seperti imej satelit terkini, data radar dan satelit di mana pengguna perlu memohon terus kepada agensi pemilik data yang berkaitan dan berkemungkinan dikenakan bayaran mengikut spesifikasi data yang dimohon.
Pautan Link : https://radars.mosti.gov.my