MASTIC@MSN Zon Selatan
Karnival MSN 2026 Zon Selatan menjadi platform untuk mendekati masyarakat melalui pengalaman pembelajaran sains secara tidak formal yang interaktif dan menyeronokkan. Karnival ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk meneroka aplikasi sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan harian. Program ini turut memperkukuh minat serta kesedaran masyarakat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi pendekatan pembelajaran yang kreatif, inklusif dan berimpak.
Ayuh bersama-sama memeriahkan Karnival MSN 2026 Zon Selatan!
“Mana Lagi, Melaka Ler!”

