SESI LIBAT URUS (SLU) INDEKS INOVASI MALAYSIA (MII), FORESIGHT STI DAN MYRDI NEGERI KEDAH 2026
SLU ini bertujuan untuk:
(i) Membentangkan dapatan Laporan MII 2025 negeri Kedah secara terperinci dan Laporan STI Foresight 2025-2040, termasuk perbincangan berfokus bagi mendapatkan maklum balas, cadangan penambahbaikan, peluang kerjasama serta intervensi yang bersesuaian sebagai input kepada pembangunan Laporan MII 2027; dan
(ii) Mendapatkan pandangan dan cadangan Kerajaan Negeri perhubung pembangunan MyRDI sebagai platform digital nasional yang menyokong penyelarasan data, insentif, pengiktirafan syarikat R&D serta pembangunan ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) sektor industri.

