PROGRAM MALAYSIA TECHLYMPICS 2026 ZON UTARA

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan serta seluruh warga Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak untuk memeriahkan penganjuran Malaysia Techlympics 2026 Zon Utara.

Bertemakan “Luar Biasa, Global, Inklusif”, program ini menyediakan platform bagi menyerlahkan bakat generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Butiran penganjuran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 dan 9 September 2026 (Selasa dan Rabu)

Tempat: Kompleks Sukan KHTP, Kulim, Kedah

Aktiviti Utama: Pertandingan bakat STI, pameran inovasi STEM interaktif dan sesi bimbingan bersama-sama pakar industri

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi techlympics.my atau ikuti saluran media sosial @MalaysiaTechlympics. Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan menyebarluaskan hebahan ini amatlah dihargai.

Organisasi :- MOSTI
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :- Kompleks Sukan KHTP, Kulim, Kedah
laman web:- www.mosti.gov.my
techlympic-utara-2026