Pertandingan IKOM Sains 2026
Pusat Sains Negara (PSN) kini membuka penyertaan bagi Pertandingan IKOM Sains 2026 dengan tagline βSains, Kamera, Aksi!β.
Pertandingan ini merupakan platform untuk mengetengahkan kreativiti dan bakat peserta dalam menghasilkan kandungan komunikasi sains yang kreatif, menarik serta mudah difahami oleh masyarakat.
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada peserta Program Komunikasi Sains anjuran Pusat Sains Negara, sama ada secara:
π Individu; atau
π Berkumpulan (2 hingga 4 orang)
π Tarikh Tutup Pendaftaran: 18 Oktober 2026
π Tempoh Penghantaran Video: 19 Oktober hingga 1 November 2026
Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

