Langkau ke kandungan utama

Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Utara

Karnival Minggu Sains Negara 2026 kembali lagi!

Nantikan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Utara yang bertemakan STEM Showcase!

🗓️ Tarikh: 26 dan 27 Jun 2026 (Jumaat & Sabtu)

⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

📍 Lokasi: SMJK Jit Sin II, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

💡 Apa yang menanti anda:

✅ Bengkel STEM

✅ Pameran Korporat, Teknologi AI dan Automasi

✅ Zon Penerokaan STEM

✅ Pertandingan STEM

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Utara menjadi satu platform mendekati masyarakat melalui pembelajaran sains secara tidak formal serta membolehkan interaksi pelbagai hala yang lebih berkesan melalui aktiviti pameran interaktif dan eksperimen secara langsung dalam usaha menarik minat masyarakat terhadap bidang STEM.

Ayuh bersama-sama memeriahkan

“Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Utara”

Organisasi :- MOSTI
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :- SMJK Jit Sin II, Seberang Prai Pulau Pinang
laman web:- www.mosti.gov.my
thumbnail